TagAceh – Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara melalui Surat Nombor (Nomor) 01/A/IDRSN/VII/2026 mengiktirafkan dan mengesyahkan Salasilah Nasab YM. Dato’ Sri Pengiran Dr. Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat, Pengerusi Pertubuhan Khazanah Adat Budaya Pengiran Darul Hana, Kuching – Sarawak – Malaysia sebagai dzurriyat (keturunan) kepada Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra dan Surat Pengiktirafan Nombor 02/A/IDRSN/VII/2026 yang mengiktirafkan YM.Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat sebagai dzurriyat (Keturunan) kepada Syarif Muhammad Kebongsuan ibni Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra.
Pengerusi dan Pengetua Institusi Dzurriyat Radja Sultan Se-Nusantara, Dato’ Kiam Radja TG.Prof.DR (HC) Fekri Juliansyah, Ph.D menyatakan bahwa ketetapan Pengiktirafan ini didasarkan atas kajian nasab dan pengkajian (Penyelidikan) selama kurun waktu 2024 sehingga tahun 2026 atau selama lebih kurang 2 (dua) tahun dengan mengkaji manuskrip, catatan keluarga, wawancara dan berbagai data dan informasi bagi menetapkan Salasilah nasab kepada YM.Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat.
Surat Pengiktirafan tersebut menetapkan Salasilah Nasab YM Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato’ Sayyid Ahmat sebagai berikut:
๐๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ช๐ก ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐ผ๐๐ข๐๐ฉ ๐๐๐ฃโ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ / ๐ผ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ผ๐จ๐จ๐๐ฃ / ๐๐๐จ๐จ๐๐ฃ ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐ค๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐ฃ โ๐๐ช๐๐ฃ๐ ๐ช ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐พ๐๐’ ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฃโ ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐๐ช๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐ผ๐๐ข๐๐ ๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐ฃโ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐ช๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃโ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ช๐ ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฃ๐ ๐ผ๐ก๐ ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ข ๐ ๐๐๐๐๐ง /๐๐ฎ๐๐๐ ๐ ๐ผ๐๐๐ช๐ก ๐ ๐๐๐๐๐ง (๐๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐ช๐จ๐ช๐ข๐ค๐ฎ๐ช๐๐ค /๐๐ช๐ง๐๐ค๐ฎ๐ค) ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐ฃ ๐ฝ๐๐ฃ๐ค๐ฌ๐ค ๐๐ (๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฃ๐ ๐๐) ๐๐๐ฃ โ๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐๐ฎ๐ / ๐ ๐๐ ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐ง (๐๐ช๐ก๐ฉ๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ฃ๐ ๐) ๐๐๐ฃ โ๐ผ๐ง๐ฎ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฃ๐๐ / ๐๐๐๐ค ๐๐๐ฃ๐ค๐ฃ๐๐ค (๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ฃ๐) ๐๐๐ฃ โ๐๐ง๐๐๐ช ๐๐ง๐ ๐๐๐ ๐ช๐ง๐ช๐ฃ๐ ๐ผ๐ฃ๐๐๐ฎ๐๐ฃ๐๐ฃ๐๐ง๐๐ฉ / ๐๐ฎ๐๐ง๐๐ ๐๐ช๐๐๐ข๐ข๐๐ ๐๐๐๐ค๐ฃ๐๐จ๐ช๐๐ฃ (๐๐ฎ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฅ๐ช๐) ๐๐๐ฃ โ๐๐๐ฎ๐ฎ๐๐ ๐ ๐๐ข๐๐ก๐ช๐๐๐๐ฃ ๐ผ๐ ๐๐๐ง ๐ผ๐ก ๐๐ช๐จ๐จ๐๐๐ฃ๐ (๐๐ฎ๐๐๐ ๐ ๐ ๐ช๐ข๐๐๐๐ก ๐๐ช๐๐ง๐)
Dari Salasilah Nasab yang ditashih di Banda Aceh pada 9 Julai 2026 atau bertepatan dengan 24 Muharram 1448 H membuktikan bahawa YM. Dato’ Sri Pengiran Sayyid Khairul merupakan trah dari Kerajaan Majapahit Islam dan Kesultanan Pajang.
Sebagaimana diketahui dalam catatan sejarah Nusantara bahwa Syarif Muhammad Kebongsuan memiliki julukan sebagai “Bapak Raja Raja Nusantara” dan memiliki gelaran “Bhrawijaya” (berdasarkan Tarasilah Kelantan). Sementara Syeikh Jumadil Kubra dikenali sebagai “Pendahulu atau Bapaknya Para Walisongo”.
Keturunan kepada Syarif Muhammad Kebongsuan juga berkembang hingga wilayah Sarawak, Sulu, North Borneo hingga Mindanao Darussalam. Sementara di Pulau Sumatera juga menyebar keturunan kepada Syarif Muhammad Kebongsuan di Besemah dan wilayah Adat Semende (At Tarikh Salasilah Djagat Besemah).
Surat Pengiktirafan Salasilah Nasab ini juga diteruskan (dimaklumkan) atau disampaikan kepada Lembaga -Lembaga (Institusi) Nasab /Naqobah Ansab di Nusantara di antaranya Rabithah Alawiyah Indonesia, Lembaga Salatin Asyrof Azzahro Trah Kesultanan Bani Hasyim, Pertubuhan Majlis Syura Ukhuwah Ansab Ahlul Bayt Sarawak dan Diradja Nusantara beserta Kerajaan Malaysia.









